Tuesday, March 17, 2015

Hati oh Hati


Hati... kalau dalam Al quran Allah selalu sebut dan cerita tentang hati dan manusia. Begitu juga hadis rasulullah banyak riwayat2 berbincang tentangnya. Sememangnya manusia ni hatinya sangatlah fragile - mudah sekali goyah dan terpengaruh dengan persekitaran. Lihat sahajalah rata-rata remaja hari ini yg sangat mudah terpengaruh dengan ideologi barat mahupun timur yang cuba meruntuhkan akhlak islamiyah yang telah dibina oleh Rasulullah dan para sahabat sekian lama.

Begitu jugalah dengan diriku yang serba hina dan lemah ini. Aku pasti rata rata manusia pernah mengalami masalah hati. Pernah sekali (banyak kali sebenarnya) aku berasa letih dengan amalan-amalan Mutaabah yang dipersetujui dengan ahli2 liqo’ usrahku. Pernah juga aku mengeluh itu dan ini. Pernah juga aku berasa dengki dan iri hati dengan kejayaan dan kebolehan seseorang - seolah2 aku mahu kelebihan yang ada padanya hilang langsung… dengan kata lain, kalau aku x dapat, maka dia pun x layak dapat.

Astaghfirullah…..

Puas juga aku cuba men”diagnose” apakah puncanya? Di mana silapnya aku? Mengapa harus timbul rasa kurang senang ni? Waktu pergi dan pulang menaiki tram ke masjid selama kira-kira 15 minit digunakan untuk sesi diagnosis diri atau dengan bahasa lainnya: muhasabah diri.



Akhirnya, aku tersentak sejenak semasa berjalan di tengah-tengah lautan manusia di Vaclavske namesti… Allah Taala seolah2 mahu mentarbiyyah diriku dengan cara self reflection. Aku sedar bahawa kebelakangan ini, hubungan aku dengan Allah semakin jauh dan jauh. Niatku yang asal mahu melaksanakan mutabaah amal sudah sedikit demi sedikit tersasar daripada matlamat asalnya. Bila difikirkan balik, akar umbinya adalah hati

Ya inilah jawapannya! Semuanya berpunca daripada HATI! Iya benar penyakit H-A-T-I….

Benarlah sabda rasulullah s.a.w

ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ

“Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. Jika baik segumpal daging itu, akan baiklah jasad keseluruhannya dan jika ia rosak, akan rosaklah jasad keseluruhannya. Ketahuilah! Segumpal daging yang aku maksudkan itu ialah hati” (Riwayat Imam al-Bukhari).

Kini aku kembali sedar mengapa aku menjadi seorang dai’e yang lesu dan letih. Seorang yang mengikuti tarbiyah tetapi banyak ciri ciri jahiliyah yang wujud. Aku berasa malu dengan Allah kerana menjadi hamba yang tidak bersyukur dan mudah sekali goyah. Apatah lagi apabila pernah sekali timbul perasaan tidak redha dengan ketentuan Allah Taala - seolah2 aku mahu menyalahkan Allah kerana gagal memperoleh sesuatu. Siapalah aku untuk mempersoalkannya.

Hatiku berbisik seketika:
“Kau kena ingat diri kau tu hanya hamba yang selemah lemahnya! Allah itu Tuhan dan Tuan yang memiliki diri kau! Layakkah kau sebagai hamba nak mempersoalkan ketetapan dan keputusan Allah? Layakkah kau berkira2 dalam beramal? Letih.. Penat? Come on la dai’e muda… kata ikut tarbiyah.. ni baru nak tarbiyah diri belum lagi nak tarbiyah orang lain! acane tu? Dunia tu sekejap je… nak rehat tu haaa dekat syurga nanti boleh rehat puas2” (antara hobi best aku time muhasabah: bermonolog sendiri2 hehe)

Menderu deru lah air mata berlinang mengenangkan kesilapan yang pernah kubuat. Astaghfirullah ya Allah… ampunkanlah hamba Mu yang lemah ini. Hatiku sangat lemah dan mudah sekali dipengaruhi anasir2 luar…Solusinya sekarang: istighfar dan kembali perbaharui niat! Ya PERBAHARUI… bila dah jelas niat kita laksanakan sesuatu, maka jelas insha Allah perbuatan dan amalan kita.

Justeru, ini antara sebab kenapa ada di ajarkan doa khas kepada kita oleh rasulullah agar diberikan ketetapan hati:

اَللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ, ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِك

(Allahumma ya Muqollibal-quluub, thabbit qolbi `ala diniKA)
“Ya ALLAH, Tuhan yang membolak-balikkan hati-hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMU”

Cukup sahajalah coretan untuk kali ini. Insha Allah khamis ni ada state exam… Perbetulkan niat sebelum sambung study ye!

ajimdiah, Odboru, Praha, Czech republik 17. 11 .2014

No comments:

Post a Comment