Tuesday, March 17, 2015

Kembali...

 Kali terakhir jari jemariku bermain di atas papan kekunci komputer riba meng "update" blog adalah hampir 3 ke 4 tahun yang lalu. Namun tahun lepas ku nekad utk membuka blog yg baru menggantikan blog lama yg sudah pun di "delete".

Mana taknya mengupdate status di facebook ku rasakan lebih indah dan PUAS berbanding hanya di blog semata-mata. Pengguna dan tukang komen facebook jauh lebih ramai dan lebih kerap di sana berbanding di blog. Tapi tu bukan reason utama aku nekad nak delete blog lama.



Barangkali da sampai kot masa utk aku menulis dan mencatat sesuatu yg lebih serius. Usia semakin meningkat dari tahun ke tahun begitu juga kemahiran dan cara berfikir. Namun keinginanku sedikit terbantut disebabkan "medical student life" yg begitu sibuk ditambah pula dgn hal ehwal lain yg diamanahkan..


Kini aku berazam utk kembali memegang pena (cewah pena la sgt) - papan kekunci aka keypad note la klu generasi sekarang. Hasrat mahu kembali berkongsi kisah dan pengalaman hidup ku ni sebenarnya dah lama terbuku di hati. Namun sekali sekala ia terkubur dek kesibukan manusia. Ya lah manusia disibukkan dengan hal dunia sampai ada yg langsung lalai akan matlamat asas hidup di dunia. Adakah aku juga termasuk dalam golongan yg rugi ni?

Mungkin penulisan dan suara hati ku tentang sesuatu yg aku "experience" atau tempuhi sedikit sebanyak mampu menyentuh hati sesetengah pembaca blog (kalau ada pembaca la heheh...). Insha Allah nekad di hati sudah ada... mohon doa agar diberi kekuatan di dalam hati utk istiqamah dalam menulis... bismillahirrahmanirrahim.. :)

ajimdiah, Warsaw Poland, 1.Listopadu 2014

No comments:

Post a Comment